Friday 16 November 2012

C.I.N.T.A

org kata , cinta itu indah . Tetapi cinta juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar . Dalam usia meningkat dewasa, kita diajar erti CINTA.

Ada yg pernah mengatakan , Cinta hanyalah sebaris perkataan yang membawa maksud  " Cerita Indah Namun Tragedi Akhirnya " . , hidup didunia hanya sementara , samalah seperti cinta . Tiada yang kekal abadi didunia . Semuanya sementara . Hanya cinta yang benar2 tertulis shaja yang mampu kekal hingga keakhir hayat . " Love someone who can bring You to the Jannah "

Ada yg mengatakan , senandainya cinta tidak dipertemukan di dunia, ianya akan bersambung di syurga . Aku   tidak pernah melupakan saat2 indah sewaktu mula mengenali cinta. Cinta mampu memberi kekuatan kpd manusia, cinta mampu mengajar manusia supaya tidak mudah berputus asa. Cinta mampu mendidik manusia tentang erti sebenar nilai kasih dan sayang . Tanpa cinta , siapalah kita . ?


Cinta mampu mengajar kita untuk lebih mengenali erti sebenar sebuah kehidupan . Pengalaman mengajar kita lebih dewasa, supaya kita tidak mudah berputus asa dan supaya kita sentiasa memahami apa yang dimaksudkan dgn CINTA. Perjalanan hidup ini masih jauh , masih banyak lagi ilmu yang harus kucari . aku sedar , CINTA pelengkap kehidupan tetapi aku harus belajar dari pengalaman yang kesilapan . Melepaskan seseorang yang kita sayang disaat kita masih mencintainya sepenuh jiwa bukan satu tugas yang mudah. Aku tak sanggup untuk kehilangan org yang tersayang walaupun ianya hanya seketika atau untuk selama-lamanya.   Mempertahankan cinta yang dibina bukan satu tugas yang mudah , kesabaran , ketabahan , dugaan , semuanya perlu dihadapi dgn tenang dan berfikiran lebih matang.

Selama ini, aku tidak pernah menduga dan terfikir siapa yang aku harus cintai. Cuma aku pernah berdoa supaya aku dipertemukan dgn seorang yang mampu memahami hati ini, aku sedar , aku hanyalah insan biasa yang lemah lagi tidak berdaya. Namun aku mempunyai cita dan cinta yang aku impikan selama ini . Perjalanan masih jauh , masih banyak lagi yang belum ku pelajari tentang erti sebenar sebuah kehidupan . Walaupun zaman kanak2 ku tidak seperti kanak2 biasa, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku masih sempat menlihat dunia dgn aman . Kini, hanya insan yang dicintai sahaja tempat aku meluahkan segala perasaan yang terpendam , tempat aku mengadu dan tempat aku bermanja  . Tetapi , andaikan semua itu sudah tiada , bagaimana harus aku hadapi semua ini dengan seorang diri ? Perkara yang paling jauh dgn kita adalah masa lalu . Walauapapun kenderaan yang kita naik , pengangkutan yang kita guna , kita tetap tidak akan dapat pulang kemasa lalu . Andaikan aku masih diberi waktu , izinkan aku untuk mencintainya sekali lagi . Akan tetapi , andai kata masa itu telah berakhir , biarlah cinta ini hidup untuk sekali ini sahaja.

Aku sedar , mmg aku benar2 mencintainya. Aku berjanji pada diri ini , yg aku akn tetap pertahanan hubungan ini untuk ianya kekal lebih lama . Aku juga pernah berjanji pada diri ini , aku ingin jdkan dy sebagai serikandi ku . Tetapi aku sedar , aku masih muda dan masih mentah lagi untuk memahami perjalan yang jauh ini . Perjalan dalam membina sebuah kehidupan harus diratapi dgn penuh erti kasih dan sayang supaya kita lebih memahami erti sebenar kehidupan . Semuanya sudah tertulis , kita tidak dapat mengubah takdir , tetapi apa yang terlintas difikiran ku , adakah aku mampu untuk menghadapi semua ini ? Aku tak sanggup menahan air mata yang mengalir disaat dia sudah tiada disisiku . Tidak pernah terdetik sedikit pun dihati ini untuk melihat dia kesedihan . Aku ingin jadi yang terbaik untuknya.

Hanya utusan surat cinta sahaja yang ada padaku buat masa ini , aku berjanji akan menjanga surat2 ini sebaik mungkin . Hanya surat inilah yang mampu menjadi pengubat rndu disaat dia sudah tiada disisiku . Dia banyak mengajar aku tentang erti mencintai dan dicintai , menyayangi dan disayangi , memahami dan difahami , aku tidak akan pernah lupa jasa baiknya selama ini . Mungkin aku harus mengenang peristiwa yang tak mungkin aku pula . Hanya Kau yang terindah ! !~



# Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya..
Paling penting kejujurang kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai .

# sy tkot kehilangan awop suatu hari nanti ,,

# awk mengajar sy erti cinta

# jika ku hadir hanya untuk disakiti..
lebih baik ku pergi dan menyendiri..

# tanpa awk , sy rse resah  ~

No comments:

Post a Comment