Monday 24 December 2012

Dia .

siapa dia ? Selama ini aku mencari teman yang sejati , untuk menemani perjuangan yang masih jauh . Dia  hadir tanpa diduga , dan dia pergi tanpa ku minta . Hanya kenangan yang mampu mengubat hati disaat terasa rindu kepadanya . Aku sedar , dugaan yang menimpa diri dan aku harus bersabar diatas suratan , akan ku utus salam ingatan ku , dalam doa kudusku sepanjang waktu ..

Ya Allah, bantu lah hamba mu .. mencari hidayah dari pada mu ..dalam mendidikkan kesabaranku ..

Dia adalah seorang yang pernah aku cintai, dan aku tidak sanggup untuk melepaskan cinta yang pernah mekar bersamanya suatu ketika dulu , segala kenangan yang terukir tetap akan ku kenang sehingga ke akhir hayat , itu janji ku dan apa ku kata harus ku kota ! Dia yang mengajar aku erti kesabaran , dia yang mengajar aku erti jangan cepat berputus asa dan dia banyak memberi semangat untuk aku terus berdiri tanpa menoleh kebelakang . Setiap detik yang berlalu adalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan semenjak aku mengenali dia suatu ketika dahulu.

Aku mengerti dan fahami setiap keputusan diri , biar saja aku sebegini . Hanya satu permintaan terakhir ku , simpan saja kata2 .. Jangan di ucap selamat tinggal . Aku terlalu menyayangi dia , bagi aku dialah seorang teman , dialah kekasih , dan dialah insan yang aku rindui , jika dulu semuanya indah , tapi aku harus menerima semua yang berlaku kerana ianya berlaku tanpa ku pinta . Setiap pertemuan akan diakhiri dgn perpisahan , tetapi sejujurnya hatiku masih berat untuk melepaskan si dia pergi kerana aku terlalu mencintainya. Dia yang pernah hadir didalam hidup ini banyak mengajar aku tentang kesabaran , dalam diam dia mengajar aku bagaimana untuk menghargai seseorang . Aku amat menghargai kehadirannya dalam hidup ini. Segala kenangan suka dan duka yang pernah dilalui akan tetap terpahat dihati ini. Akan ku simpan segala utusan surat mu sebagai tanda kenangan yang terindah !


Seandainya hadirku hanya untuk disakiti , biar lah aku pergi dan menyendiri . Aku sedar , mungkin aku juga yang bersalah jika aku menjadi penghalang untuk melihat dia berjaya mencapai cita2 nya . Hari yang bersejarah bagi nya tidak harus dirapati dgn air mata , aku ingin melihat dia tersenyum disebalik kejayaan yang harus dihargai tetapi jika air mata yang mengalir disaat rakan2 gembira , aku berasa bersalah dan sememangnya aku harus dipersalahkan kerana aku , impianya untuk mencapainya tidak kesampaian . Disaat aku meratap wajahnya yang kesedihan bercampur kekecewaan, dia senyum untuk menutup segala kesedihan yang dialami. Aku sedar , dia mahu melupakan semua itu , tetapi itu semua mengajar aku antara Cinta dan Cita . Kita tidak seharusnya mengorbankan masa hanya semata-mata untuk mengejar kenikmatan hidup yang dipanggil Cinta. Masa yang telah berlalu tidak akan dapat diubah walau sesaat pun , dan segala yang berlaku tidak akan pernah kembali lagi . Andainya tak mungkin ku miliki keayuan kasih belaian mu , lepaskan asmara di jiwa ku setia ku korbankan . Teringat masa bersama.. kita tawa bergurau senda .. kini tiba saat berpisah .. hiba hati terasa gundah .. kini tinggalah kenangan yang mungkin dapat dilupa.. semusim telah berlalu .. air mata mengiring restu ..



Darl

Friday 16 November 2012

C.I.N.T.A

org kata , cinta itu indah . Tetapi cinta juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar . Dalam usia meningkat dewasa, kita diajar erti CINTA.

Ada yg pernah mengatakan , Cinta hanyalah sebaris perkataan yang membawa maksud  " Cerita Indah Namun Tragedi Akhirnya " . , hidup didunia hanya sementara , samalah seperti cinta . Tiada yang kekal abadi didunia . Semuanya sementara . Hanya cinta yang benar2 tertulis shaja yang mampu kekal hingga keakhir hayat . " Love someone who can bring You to the Jannah "

Ada yg mengatakan , senandainya cinta tidak dipertemukan di dunia, ianya akan bersambung di syurga . Aku   tidak pernah melupakan saat2 indah sewaktu mula mengenali cinta. Cinta mampu memberi kekuatan kpd manusia, cinta mampu mengajar manusia supaya tidak mudah berputus asa. Cinta mampu mendidik manusia tentang erti sebenar nilai kasih dan sayang . Tanpa cinta , siapalah kita . ?


Cinta mampu mengajar kita untuk lebih mengenali erti sebenar sebuah kehidupan . Pengalaman mengajar kita lebih dewasa, supaya kita tidak mudah berputus asa dan supaya kita sentiasa memahami apa yang dimaksudkan dgn CINTA. Perjalanan hidup ini masih jauh , masih banyak lagi ilmu yang harus kucari . aku sedar , CINTA pelengkap kehidupan tetapi aku harus belajar dari pengalaman yang kesilapan . Melepaskan seseorang yang kita sayang disaat kita masih mencintainya sepenuh jiwa bukan satu tugas yang mudah. Aku tak sanggup untuk kehilangan org yang tersayang walaupun ianya hanya seketika atau untuk selama-lamanya.   Mempertahankan cinta yang dibina bukan satu tugas yang mudah , kesabaran , ketabahan , dugaan , semuanya perlu dihadapi dgn tenang dan berfikiran lebih matang.

Selama ini, aku tidak pernah menduga dan terfikir siapa yang aku harus cintai. Cuma aku pernah berdoa supaya aku dipertemukan dgn seorang yang mampu memahami hati ini, aku sedar , aku hanyalah insan biasa yang lemah lagi tidak berdaya. Namun aku mempunyai cita dan cinta yang aku impikan selama ini . Perjalanan masih jauh , masih banyak lagi yang belum ku pelajari tentang erti sebenar sebuah kehidupan . Walaupun zaman kanak2 ku tidak seperti kanak2 biasa, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku masih sempat menlihat dunia dgn aman . Kini, hanya insan yang dicintai sahaja tempat aku meluahkan segala perasaan yang terpendam , tempat aku mengadu dan tempat aku bermanja  . Tetapi , andaikan semua itu sudah tiada , bagaimana harus aku hadapi semua ini dengan seorang diri ? Perkara yang paling jauh dgn kita adalah masa lalu . Walauapapun kenderaan yang kita naik , pengangkutan yang kita guna , kita tetap tidak akan dapat pulang kemasa lalu . Andaikan aku masih diberi waktu , izinkan aku untuk mencintainya sekali lagi . Akan tetapi , andai kata masa itu telah berakhir , biarlah cinta ini hidup untuk sekali ini sahaja.

Aku sedar , mmg aku benar2 mencintainya. Aku berjanji pada diri ini , yg aku akn tetap pertahanan hubungan ini untuk ianya kekal lebih lama . Aku juga pernah berjanji pada diri ini , aku ingin jdkan dy sebagai serikandi ku . Tetapi aku sedar , aku masih muda dan masih mentah lagi untuk memahami perjalan yang jauh ini . Perjalan dalam membina sebuah kehidupan harus diratapi dgn penuh erti kasih dan sayang supaya kita lebih memahami erti sebenar kehidupan . Semuanya sudah tertulis , kita tidak dapat mengubah takdir , tetapi apa yang terlintas difikiran ku , adakah aku mampu untuk menghadapi semua ini ? Aku tak sanggup menahan air mata yang mengalir disaat dia sudah tiada disisiku . Tidak pernah terdetik sedikit pun dihati ini untuk melihat dia kesedihan . Aku ingin jadi yang terbaik untuknya.

Hanya utusan surat cinta sahaja yang ada padaku buat masa ini , aku berjanji akan menjanga surat2 ini sebaik mungkin . Hanya surat inilah yang mampu menjadi pengubat rndu disaat dia sudah tiada disisiku . Dia banyak mengajar aku tentang erti mencintai dan dicintai , menyayangi dan disayangi , memahami dan difahami , aku tidak akan pernah lupa jasa baiknya selama ini . Mungkin aku harus mengenang peristiwa yang tak mungkin aku pula . Hanya Kau yang terindah ! !~



# Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya..
Paling penting kejujurang kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai .

# sy tkot kehilangan awop suatu hari nanti ,,

# awk mengajar sy erti cinta

# jika ku hadir hanya untuk disakiti..
lebih baik ku pergi dan menyendiri..

# tanpa awk , sy rse resah  ~

Wednesday 31 October 2012

Cerita Antara Kita

Cerita Cinta ,, apew yg ad pd cerita disebalik satu Cinta ? Cerita Indah .. ? hap3  ..



pengalaman mencintai seseorang mengajar kita erti kehidupan .. dan pengalaman ku mencintainya adalah satu daripada perjalanan hidup untuk menempuh erti sebenar kehidupan .
takkan ku lupa pengalaman saat pertama mula mengenalinya .. hap3 ..
@ letter3 ~ huhuhu



# Kau tahu betapa ku syg pada mu .. hanya bidadari .. sebagai gantiii ...
Hanya takdir .. menentukan ia ... ~~


# Ku ingin kau jd wanita mulia ..
Yang tahu harga budi dan hatii .. ~



[N.N.N]

Sunday 28 October 2012

N.N.N

aku tak pernah terfikir tentang cinta. siapa yang akan dicintai dan akan mencintai . Bagiku , cinta hadir apabila waktunya telah tiba . Aku berjanji untuk mencintai seseorang yang hadir dlm hati ini seikhlas hatiku . Mungkin tanpa aku sedari , hari yang telah berlalu mematangkan ku untuk terus berdiri disini . Aku sedar , manusia belajar dari kesilapan , belajar dari pengalaman , dan pengalaman mengajar kita erti kematangan , dan kematangan mengajar kita erti kehidupan.

cinta merupakan satu ujian yang amat berat dan pahit dalam kehidupan yang harus dihadapi setiap insan . . cinta juga merupakan pendorong dalam kehidupan .

N.N.N, sejujurnya tidak pernah terlintas difikiranku untuk mengenali seorang insan seperti dia . Bagiku , dia adalah seorang insan yang pernah hadir dalam hidup ini. Aku takkan lupa kali pertama menegurnya dan mula untuk berkenalan dgnnya.. hap3 :D


Ice- Creamm ckkguu zaem ? hap3.. mmg aq xkn lupa saat tu ., kerana ice creamm ckguu larh .. aq knal dgn dy.. hap3 .. ^_^


mengenali hati budi seorang insan bukan mudah tetapi aku tetap ingin mengenalinya. Aku takkan lupa saat2 indah sewaktu mula2 aq knal dy. hap3.. 17/2.. aq xkn lupa tarikh nym . huhu ~~ org kata, klau kitew da jatuh cinta, kitew sggup buat ape sje utk dptkn cinta tu .. kn3 ? ..

hap3 . klau org da jatuh cinta ,, mesty hapy slalu kn3 ? hap3..

Cinta itu indah, keindahan cinta mampu merubah dunia ~ hoho !
aku harap persahabatan dan hubungan nie dpt kekal buat selama - lamanya !! haha - cehh,, jiwang terrr !

 " awkk ~ .. ingat ag janji sy kn3 ? hap3 .. sy hrp .. awk xkn lupew janji2 terr ! huhuhuhu "

[ N.N.N]

Saturday 27 October 2012

Cerita Cinta

Cinta.. ape yang dimaksudkan dgn CINTA  ?  ramai yang tahu tentang cinta, ramai yang sentiasa menyebut tentang cinta, ramai yang ingin merasai ape itu cinta ,, dan ramai yang ingin mengetahui tentang cinta .

" Mari mawar ku raikan cinta,
tanpa cintanya kita tiada,
mawar cinta mawarku sejati,
cinta pemilik segala jadi . " - M.Nasir
mkata2 ini sudah ckup menggmbrkan apekah yg dimksudkn tentang cinta.  Tiada kata seindah bahasa, tiada rasa seindah cinta. hap3 :3

Setiap manusia yang lahir pasti memiliki cinta, cinta itu adalah satu anugerah .

Kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia ..

Pernahkah kita terfikir tentang cinta ? Cinta sejati merupakan impian bagi setiap insan untuk memilikinya. Setiap insan ingin mencintai dan dicintai . menyayangi dan disayangi . itu cinta , ada yang mengatakan cinta itu buta . buta untuk mendapatkannya . buta untuk memilikinya. Pernahkan kita terfikir tentang siapakah yang bakal kita cintai ? insan yang bakal kita sayangi ? mungkin kita tidak pernah terfikir tentang itu kerana cinta hadir tanpa disedari, cinta hadir tanpa dipaksa dan cinta hadir bagaikan satu mimpi . org kata, cinta bermula dari mata, turun ke jiwa, dr teman menjadi cinta, dan berjanji untuk setia. itulah cinta.