Monday 24 December 2012

Dia .

siapa dia ? Selama ini aku mencari teman yang sejati , untuk menemani perjuangan yang masih jauh . Dia  hadir tanpa diduga , dan dia pergi tanpa ku minta . Hanya kenangan yang mampu mengubat hati disaat terasa rindu kepadanya . Aku sedar , dugaan yang menimpa diri dan aku harus bersabar diatas suratan , akan ku utus salam ingatan ku , dalam doa kudusku sepanjang waktu ..

Ya Allah, bantu lah hamba mu .. mencari hidayah dari pada mu ..dalam mendidikkan kesabaranku ..

Dia adalah seorang yang pernah aku cintai, dan aku tidak sanggup untuk melepaskan cinta yang pernah mekar bersamanya suatu ketika dulu , segala kenangan yang terukir tetap akan ku kenang sehingga ke akhir hayat , itu janji ku dan apa ku kata harus ku kota ! Dia yang mengajar aku erti kesabaran , dia yang mengajar aku erti jangan cepat berputus asa dan dia banyak memberi semangat untuk aku terus berdiri tanpa menoleh kebelakang . Setiap detik yang berlalu adalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan semenjak aku mengenali dia suatu ketika dahulu.

Aku mengerti dan fahami setiap keputusan diri , biar saja aku sebegini . Hanya satu permintaan terakhir ku , simpan saja kata2 .. Jangan di ucap selamat tinggal . Aku terlalu menyayangi dia , bagi aku dialah seorang teman , dialah kekasih , dan dialah insan yang aku rindui , jika dulu semuanya indah , tapi aku harus menerima semua yang berlaku kerana ianya berlaku tanpa ku pinta . Setiap pertemuan akan diakhiri dgn perpisahan , tetapi sejujurnya hatiku masih berat untuk melepaskan si dia pergi kerana aku terlalu mencintainya. Dia yang pernah hadir didalam hidup ini banyak mengajar aku tentang kesabaran , dalam diam dia mengajar aku bagaimana untuk menghargai seseorang . Aku amat menghargai kehadirannya dalam hidup ini. Segala kenangan suka dan duka yang pernah dilalui akan tetap terpahat dihati ini. Akan ku simpan segala utusan surat mu sebagai tanda kenangan yang terindah !


Seandainya hadirku hanya untuk disakiti , biar lah aku pergi dan menyendiri . Aku sedar , mungkin aku juga yang bersalah jika aku menjadi penghalang untuk melihat dia berjaya mencapai cita2 nya . Hari yang bersejarah bagi nya tidak harus dirapati dgn air mata , aku ingin melihat dia tersenyum disebalik kejayaan yang harus dihargai tetapi jika air mata yang mengalir disaat rakan2 gembira , aku berasa bersalah dan sememangnya aku harus dipersalahkan kerana aku , impianya untuk mencapainya tidak kesampaian . Disaat aku meratap wajahnya yang kesedihan bercampur kekecewaan, dia senyum untuk menutup segala kesedihan yang dialami. Aku sedar , dia mahu melupakan semua itu , tetapi itu semua mengajar aku antara Cinta dan Cita . Kita tidak seharusnya mengorbankan masa hanya semata-mata untuk mengejar kenikmatan hidup yang dipanggil Cinta. Masa yang telah berlalu tidak akan dapat diubah walau sesaat pun , dan segala yang berlaku tidak akan pernah kembali lagi . Andainya tak mungkin ku miliki keayuan kasih belaian mu , lepaskan asmara di jiwa ku setia ku korbankan . Teringat masa bersama.. kita tawa bergurau senda .. kini tiba saat berpisah .. hiba hati terasa gundah .. kini tinggalah kenangan yang mungkin dapat dilupa.. semusim telah berlalu .. air mata mengiring restu ..



Darl